13 Mac 2011 - Memang banyak jemputan musim cuti sekolah. Surat saman pun banyak diterima, tak 'menyahut' pula adalah kesan & akibatnya di kemudian hari. Anak-anak dah membesar, tak lama lagi bermenantu pula. Insyallah. Jadi, pergilah kami ke Felda Sg Mas, Kota Tinggi untuk menghadiri jemputan Ustaz Hairol Anuar bersama pelajar KMTJ. Selamat pengantin baru ustaz! Tup-tup, kami yang naik pelamin sebab pengantin belum bersedia dengan pakaian pengantin - masih rewang lagi. "Tak apalah, biar puan yang bersanding." Kami pun memberi 'pose' sebagaimana pengantin biasa buat, agaknya. Ha!Ha!Ha! Semasa hari pernikahan dulu, kami tak naik pelamin untuk acara bersanding kerana tak nak (segan di usik dan di sakat kerana ahli keluarga yang besar dan memang kuat mengusik, lagipun mana boleh duduk diam lama-lama atas pelamin ). Tetapi masa kini kerap dikompangkan ( sebagi YDP, PIBG, SKSL) dan sekarang Ketua Jabatan Sastera & Ikhtisas, KMTJ. Untuk anak-anak, terpulanglah kalau mereka nak bersanding.Bonda saya masih terkilan kerana saya tak nak bersanding dulu. Walaubagaimanapun selepas beberapa tahun, bondaku terima hakikat anak yang seorang ini lain dari yang lain tetapi saya pasti bonda bangga dengan pendirian saya. Terima kasih Cik Ara.
No comments:
Post a Comment