Friday, March 4, 2011

Rashsia di sebalik nama

Nama adalah sesuatu yang unik kepada individu berkenaan. Saya berempati dengan insan-insan yang mempunyai nama pelik (bagi mereka yang tidak mengerti asal usul nama tersebut). Pengalaman saya sendiri: Nama arwah ayahanda tercinta memang unik - KATUN.
SENARIO 1:Bayangkan usikan dan sindiran yang selalu membuat saya menangis dan merayu ayahanda menukar nama. Ini sering berlaku semasa saya di alam persekolahan. Kami membesar di Singapura dan saya adalah anak ke 5 dari 9 adik beradik.Why me? Kerana saya sangat sensitif dan sering 'melawan' apabila ada yang mempersendakan nama ayahanda. "Kenapa awak selalu usik saya? Cerminlah muka awak dulu! Kero (mata kanannya cacat) pulak tu!!! (Murid darjah 6 yang sekelas dengan abang saya pada waktu silam. Budak tu sengaja menunggu saya di pintu sekolah. Apabila saya mengadu pada abang,dia buat tak endah sahaja. Geramnya! Ayahanda pula tak kuasa mengubah nama kerana melibatkan banyak prosedur dan nak ubah dokumen-dokumen penting merumitkan. Alahai, kenapalah budak-budak nakal asyik mengusik dan mengejek?
SENARIO 2: Kami pulang ke Malaysia selepas ayahanda menamatkan perkhidmatannya. Maka berduyun-duyunlah kami ke pejabat imigresen di Melaka. Seorang pegawai bangsa India berkata, "Look at her father's name. Very funny!" Pegawai di sebelahnya berbangsa Melayu tidak berani senyum kerana melihat raut wajah saya yang masam mencuka. Setelah urusan semua selesai, "Why are you laughing at my father's name? Nama awak tu panjang berjela dan berbelit!" Bayangkan betapa terperanjatnya dia. Hei! I was educated in Singapore where English language is the medium. Selepas mendapat pasport saya pun keluar pejabat dan meninggalkan pegawai berkenaan tersipu-tersipu. Padan muka! "Apa yang engkau cakap dengan pegawai India itu?" "Dia ketawakan nama abah, jadi Anor marah dia!" Ayahanda hanya diam, mungkin beliau dah lali. So, what's the moral of the story?

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete